Recently aku de tgk satu telemovie, tajuk dia Parit Jawa. Telemovie ni dah lama release, tapi aku asyik miss je nak tgk kat saluran Citra Astro.
Mengisahkan tentang sebuah keluarga berketurunan jawa yg tinggal di parit jawa. As usual, storyline is about family conflict. Tetapi yang paling menarik adalah, telemovie ini memang berjaya menunjukkan values keturunan jawa. Cara bercakap, adab, makanan dan sebagainya. Tetapi secara jujur ada sebutan jawa cam agak kurang umph. Tetapi takpe, dimaafkan, kalau bukan jawa, memang susah nak ckp jawa. Ada iras2 pun jadilah. Berlakon kan..
Mak aku keturunan jawa. Ayah aku banjar. Usually kita akan terpengaruh ngan budaya keturunan bapa. Tetapi, keluarga aku lain, Kami cenderung lebih kepada budaya jawa. Mungkin sebab adik beradik saudara mara orang jawa ni ramai, so memang kuat lah pengaruh dia.
Berbalik pada telemovie parit jawa, konflik bermula apabila tanah pusaka yang arwah bapa mereka gadai ingin ditebus, tetapi ada adik beradik yang tidak bersetuju. Mereka lebih suka tanah itu dijual dan hasil jualan, dibahagikan adik beradik. Isu ini memang agak sinonim dikalangan masyarakat kita, bukan sahaja jawa. Tapi bagi orang jawa, menjual tanah pusaka adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Sebagaimana yang dipaparkan dalam telemovie ini, memang benar mesej yang disampaikan bahawa tanah pusaka adalah maruah bagi orang jawa. Dari tanah kita datang, kepada tanah jugalah kita kembali. Tanah dimana rumah pusaka dibina haruslah dijaga kerana disitulah bermulanya salasilah keturunan.
Namun, di dlm zaman moden sekarang, ramai belia2 anak muda tidak sedar value tanah. Kita lebih suka duduk dibandar, mengumpul asset dengan membeli rumah, melabur di mana2 amanah saham. Kita kurang terdedah dengan pelaburan hartanah. Mungkin ada segilintir anak melayu yang melabur dalam hartanah..tetapi tidak ramai yang berminat hendak mengusahakan tanah. Its more on jual beli tanah. Harga naik, jual..beli tanah lain.. Padahal, sekiranya kita berbudi pada tanah, masyaallah, murah rezeki. Rumah perlu ubah suai, kadang2 kene buat maintenance.. tetapi tanah? Hanya perlu pastikan ada hasil. Tidak habis tanah tu. Betul x?..jika berbudi pada tanah dapat lah kita supply lebih banyak sumber makanan kepada orang ramai. Jika semua tanah di buat rumah, dekat mana agaknya nak tanam pokok? Global warming lg..Memang betul lah kata orang dulu2..berbaktilah pada tanah dengan bercucuk tanam..sesungguhnya lebih bermanfaat.
Ayah aku selalu bercakap pasal pelaburan hartanah dengan aku. Aku tahu ayah aku memang betul2 mahu membantu aku menambah asset dalam bidang ni. Insyaallah, dengan izin Allah aku akan cuba explore bidang ni.
Telemovie parit jawa ni, memang patut ditonton oleh semua sebab ia memang memberi mesej yang sangat mendalam.
Culture jawa yang aku dpt spot dlm telemovie ni.
1. Makan nasi ambang dalam dulang ramai2
2. Tempe tempe tempe
3. Makan nasi goreng minyak dengan ikan masin.
4. Salam semua orang bile berada dia suatu tempat/majlis
5. Anak2 akan keluar salam pak cik mak cik tanpa disuruh.
2. Tempe tempe tempe
3. Makan nasi goreng minyak dengan ikan masin.
4. Salam semua orang bile berada dia suatu tempat/majlis
5. Anak2 akan keluar salam pak cik mak cik tanpa disuruh.
Psst..bakal suami aku pure keturunan jawa. Dia kata, kalo pure jawa, muka jd chinese look..haha yeke??..saya mmg suka jawa =)