En hamizan mahram merupakan seorang pelaut. Saya pula seperti yang anda sedia maklum adalah seorang pekerja IT didalam sebuah oil and gas company. Kami sebagai pasangan bercinta dahulunya memang selalu berjauhan. Peluang kami berjumpa sangatlah tipis, mesti perlu tunggu en hamizan mahram cuti.
Apabila kami membuat keputusan untuk berkahwin tahun lepas kami sudah bersedia untuk harungi hidup suami isteri yang pastinya tidak seperti orang lain. Sudah semestinya en hamizan mahram akan jarang dirumah dan tidak selalu dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya pula membaca banyak artikel artikel yang berkenaan dengan isteri isteri pelaut atau tentera dan tentang bagaimana hidup ibu ibu tungal dalam membesarkan anak. Sememangnya kami rasa kami cukup bersedia untuk menempuh dugaan ini bersama sama atas dasar cinta.
Setelah hampir 2 bulan kami berkahwin, saya disahkan mengandung dan kebetulan en hamizan mahram baru seminggu naik kapal. Alhamdulillah kapal yang en hamizan bertugas kali ini sentiasa berada di pinggiran laut berdekatan dengan pelabuhan. Maknanya kami sentiasa dapat berhubung melalui telefon.
Setiap hari saya lalui sebagai seorang ibu mengandung seorang diri tapi suami hanya menemani dan bertanya khabar melalui telefon. Ketika itu saya sangat bersyukur yang sekurang kurangnya dia masih bersama saya. Dugaan demi dugaan ketika mengandung saya alami seorang diri. Kebetulan ketika itu juga saya dapat peluang untuk tugasan jangka pendek di Miri. Saya pun berpindah dan menetap disana buat sementara waktu dari January 2013 hingga hujung may 2013. 5 bulan sahaja kerana selepas itu saya pulang ke kampung untuk berehat kerana sudah sarat mengandung.
Sepanjang kami berjauhan, tuhan sahaja yang tahu dugaan dugaan yang kami alami dan membuat kami berfikir, kenapa kami begini? Kenapa pilih untuk berjauhan? Sampai bila nak berjauhan? Perlukah berjauhan? Memang Allah menulis takdir hidup kita tapi adakah ini takdir yang Allah tulis untuk kami? Mungkin ya dan mungkin tidak. Adakah ini nasib kami? Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri tidak ubah nasib kita.
Memang kami dalam zon selesa. Alhamdulillah tiada masalah kewangan. Tapi kami ada masalah masa. Kurang masa bersama, kurang masa beribadat, kurang masa untuk beramal sebaliknya lebih masa untuk majikan.
Tidak pernahkah anda terfikir sampai bila hendak menghadapi kesesakan jalan raya setiap kali pergi balik kerja. Sampai bila mahu sibuk mencari nafkah yang kononnya untuk keluarga tapi hakikatnya keluarga kita perlukan masa bersama kita lebih daripada wang ringgit? Dari emosi kami inilah kami membuat keputusan yang agak drastik. Kami perlu keluar dari zon selesa, kami perlu ubah nasib.
Kami bertekad untuk berniaga sehingga menjadi jutawan sebagaimana jutawan jutawan melayu yang lain. Jika mereka boleh, mengapa tidak kami? Dengan berniaga kami akan dapat lebih masa untuk bersama keluarga.
Mungkin ramai yang tidak faham maksud saya. Mungkin anda pelik, berniaga bukan lagi sibuk ke? Ini adalah pemahaman kita yang biasa. Tapi jika anda mula berkawan dengan kelompok kelompok peniaga yang berjaya, anda akan dapati mereka ada masa terluang yang lebih banyak dari kita.
Insyaallah satu hari nanti saya dan keluarga akan dapat capai impian kami. Yang paling penting adalah syukur, doa, usaha dan tawakal kepada Allah swt. Sekarang kami bersyukur kami sudah beberapa langkah ke hadapan dalam mengejar impian kami.
Kepada sesiapa yang rasa diri mereka berfikiran seperti kami, mari kita berkelompok dan sama sama menyokong antara satu sama lain. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu kan lebih baik dari sembahyang seorang diri. Begitulah dalam berniaga. Kami akan bantu apa yang kami mampu kepada mereka yang sama-sama ingin mengamalkan sunnah rasullullah iaitu berniaga. Semoga anda kaya dan berjaya!
No comments:
Post a Comment