Saturday, November 30, 2013

Susu badan dan supplement

Just nak share one opinion daripada seorang akak yang saya baru2 kenal..

Dia kata, there is no supplement yang buat susu badan banyak.

Susu badan ibu2 generate atas kuasa Allah secara automatik. Memang hak rezeki setiap baby. Tak pelik ke nape ibu2 kt negara miskin still boleh breastfeed anak dia. Xmkn supplement pon.

Is just kalau badan ibu kurang sihat then susu gagal di produce.

So ibu kena sihat, macam mana nak sihat..makanlah makanan yang sihat2..dan boleh lah ambil supplement kalau badan tak bermaya. Tapi kalau xmampu ambil supplement..cukuplah sekadar makan cukup macam nasi, buah sayur, kurma dan sebagainya. Follow betul2 piramid makanan tu.

Risau gemuk sebab makan banyak? Satu lagi fact..selagi ibu susukan anak..selagi tu badan kekal ramping..bukan supplement kita makan buat kita ramping..

Sebab tu kalau stop menyusukan anak badan ibu2 akan mencanak naik!

So bukan supplement buat kita kurus tapi atas maha kuasa ALLAH yang buat ibu ibu ramping ketika susukan anak.

Konsep mudah..

Ibu sihat --> dapat generate susu --> susu banyak --> baby minum banyak --> help mommy keep fit.

So perlu faham konsep ini ya bakal bakal ibu.. jangan salah faham.. supplement tu bukan sebabkan susu keluar dan buat kita kurus. Anda kurus sebab susu banyak digenerate utk bayi. Susu yang dipam keluar tu seolah anda bersenam. Banyak kalori yang terbakar.

Pengalaman saya pulak bercakap dengan pakar laktasi. Dia kata fikir positif je..insyaallah banyak susu..haaaa..lg teror..tak payah risau2..haha..mkn cam biasa je..tak payah pelik2 nak mkn lobak putih etc!

When kita percaya lobak dan supplement tu tolong keluarkan susu sebab tu susu banyak.

Tapi lets do it tanpa perantara..just positif..susu badan banyak. Insyaallah banyak.

Tetiba terasa nak jadi pakar laktasi. Insyaallah one day ambil sijil.

#AmiraAziz
Fb page:
Shanum Scarf
Sate Menara
Pengedar Sah Taz Beauty - Amira Aziz

Tuesday, November 26, 2013

Antara sebab takut kejar impian

Bohong kalau kata anda tiada impian. Tak kira besar atau kecil mesti anda nak gapai impian tu. Tapi banyak orang yang tak kejar impian tu. Sebab apa ya?? Salah satunya kerana takut!

Kadangkala kita takut hendak kejar impian mungkin atas sebab musabab yang berikut.

1. Dari kecil tiada satu pun impian yang tercapai. Buat anda dah set dalam minda, tidak perlu lah angan tinggi tinggi, semua tu mustahil dan buang masa sahaja.

2. Banyak sangat pakar logik dan pakar biawak keliling anda. Pakar logik always talk about fact. Fact kill dreams! Pakar biawak asyik bagi negative thoughts. Negativity corrupt your brain!

3. Sudah selesa dengan apa yang ada walaupun takdelah berapa selesa sebenanya. Semuanya cukup walaupun terpaksa hadap jalan jam hari-hari. takut-takut kalau kejar impian nanti hilang semua keselesaan yang anda miliki. Walhal penah terdetik, I wish can leave all this dan kejar impian.

4. Nak kejar impian tapi takut timing salah. Asyik kata nantilah..sekarang belum boleh lagi, masih banyak commitment dan tiada masa. Last2 dah pencen baru nak kejar..basikal dah berkarat baru nak kayuh..lagi la lambat nak kejar. Gunakan konsep "seize the day". Grab peluang kejar impian hari ini juga!

5. Atau mungkin kerana impian anda dah tercapai, kemudian berkata cukuplah ini semua..takut dah nak dream bigger. Jangan terlalu mudah berpuas hati!

Sekiranya dah berani kejar impian tu, jangan pula tinggalkan Yang Maha Esa tu. Allah tak perlu dikejar, hanya perlu didekati sebab Allah tak pernah lari. Allah sentiasa disisi kita. Makin dekat kita pada Allah, makin mudah kita kejar impian. Insyaallah.

Sekadar perkongsian dan peringatan daripada saya untuk semua.

COMMENT kalau ada pandangan
SHARE kalau rasa akan beri munafaat pada orang lain
LIKE kalau anda setuju 

Monday, November 25, 2013

Rezeki tidak perlu dicari

Rezeki tidak perlu dicari

Selama ini saya mempunyai persepsi yang berbeza tentang rezeki. pada saya kita perlulah berusaha bersungguh sungguh untuk mencari rezeki. rezeki yang saya maksudkan adalah wang.

Selama ini orang kata, kita perlu bersyukur walaupun ditimpa musibah atau halangan, kita masih boleh menghirup udara pemberian Allah. Udara juga adalah rezeki.

Selama ini skop pemahaman saya tentang rezeki tersangatlah cetek. Setiap hari bekerja dan berdoa moga Allah beri aku rezeki melimpah ruah.

Tapi selepas membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, yang saya beli di KL Sentral (kedai buku bukak table depan ERL-Memang rezeki tidak disangka), baru separuh saya baca sudah rasa macam ditampar berkali kali.

Setiap helai yang saya baca memang bertubi tubi terasa sentap.

Baru separuh saya baca, buku ini buat saya faham yang rezeki tidak perlu dicari tetapi perlu dijemput.

Kita tak tahu dimana rezeki kita.. boleh ke kita kata, memang kerja sapu sampah ini rezeki aku. boleh ke? pasti ke? Allah sebenanya yang tahu dimana rezeki kita. rezeki ini seolah-olah kunci yang hilang. kita cari memang susah nak jumpa. Tapi kalau kita tanya pada yang maha mengetahui, pasti dia tahu jawabnya. Begitulah rezeki. Hanya Allah yang tahu.

Untuk dapatkan jawapan dari Allah ni pulak bagaimana?

Inilah yang perlu kita tackle. Sebenarnya Allah dah ajar bagaimana. semuanya ada dalam Alquran. Kita je yang malas nak ambil tahu atau sombong nak baca dan fahami Alquran. Syukur penulis buku ini mahu berkongsi dengan kita.

Allah sebenarnya dah bagi formula lengkap nak jemput rezeki. Subhanallah.

Kawan-kawan semua, cubalah dapatkan buku ini, atau niat je lah dalam hati, "Ya Allah temukanlah aku dengan buku mudahnya menjemput rezeki", insyaallah Allah akan aturkan.

Macam kes saya, Allah aturkan pertemuan saya dengan buku ini didepan ERL KL Sentral. Bukan kebetulan ya, itu semua aturan Allah. Dalam dunia Allah ini tiada satu pun berlaku secara kebetulan, tiada satu pun berlaku tanpa sebab, tiada satu pun berlaku dengan sia2, tiada satu pun berlaku tanpa pengetahuan Allah. Semut tengah makan gula dalam tupperware gula kita pun Allah tahu.
 
Kawan-kawan yang tengah baca tulisan saya ini pun bukan kebetulan ya. Semua Allah dah aturkan.

Moga memberi manfaat. Tolong share post saya ini sebab saya nak ramai orang dapat baca buku ini. "mudahnya menjemput rezeki"

#AmiraAziz
Www.facebook.com/shanum.scarf
Www.facebook.com/satemenara

Sunday, October 27, 2013

GURINDAM HANTAM SAHAJA

GURINDAM HANTAM SAHAJA
 
Dulu berniaga biasa biasa tetapi sekarang sudah luar dari biasa.
Betullah orang kata berniaga tanpa ilmu memang tak kemana.
Kami dah kene kami dah terasa.
Namun kami bangkit semula dari apa yang ada.
 
Manisnya berniaga hanya tahu apabila telah berniaga.
Susah nak kata apabila orang kata makan gaji lagi mudah dari berniaga.
Dengan berniaga kita boleh beli masa.
Apabila makan gaji, masa hilang entah kemana
 
Siapa kata berniaga tak boleh kaya?
Itu hanya kata-kata biawak diluar sana.
Biawak-biawak yang pernah jatuh, tak mahu bangun semula
Biawak-biawak yang hanya tahu berkata tanpa mencuba
Biawak-biawak yang selesa di sarang mereka.
 
Ramai sudah yang berjaya
Cina, india, melayu pun ada
Cuma melayu terlampau sedikit sehingga boleh dikira.
 
Janganlah lupa janganlah alpa
Ilmu berniaga perlu dicari dan dikongsi bersama.
Janganlah melayu berniaga seperti bukan saudara
 
Berniaga jika ingin kaya tak akan berjaya
Berniaga kerana dakwah dan membantu mereka yang mahu ubah diri sedaya upaya.
Insyaallah kaya akan datang mencari kita.
Ini kerana lebih banyak memberi, lebih banyak kita akan merasa.
Bukan saya yang kata, tapi Allah yang kata.
 
Nukilan ini cuma saja saja
Tiba-tiba dapat idea
Sekadar peringatan buat kita semua.
Semuanya hantam sahaja =)
 
Ikhlas dari
Amira Aziz
Pengasas Shanum Scarf
Marketing Director Sate Menara
www.sitiamiraaziz.blogspot.com
FB page:
1.       Shanum Scarf
2.       Sate Menara

Monday, October 21, 2013

3 Pantang larang bagi suami isteri yang berniaga

3 Pantang larang bagi suami isteri yang berniaga.

Pantang larang ini saya dapat berdasarkan perbualan dengan beberapa orang rakan yang berniaga. Harap memberi manfaat kepada suami isteri lain juga. Peringatan untuk saya dan suami juga :)

1. Memandang rendah antara satu sama lain.

Jangan sekali kali memandang rendah keupayaan pasangan anda. Mungkin sebagai suami/isteri ada kelemahan, jangan anggap kelemahan itu menjadi si isteri atau suami tidak bijak menguruskan sesuatu perkara dalam perniagaan. Mungkin anda sudah mengenali pasangan anda tetapi belum tentu anda kenal dia sebagai rakan niaga. Jadi ambil masa perlahan lahan untuk mengenali pasangan anda sebagai rakan niaga.

2. Terbawa bawa dengan hal rumah tangga.

Penting sebagai rakan niaga untuk mengetepikan hal hal masalah rumah tangga. Anda dan pasangan haruslah bijak membezakan isu rumah tangga dengan isu perniagaan. Dengan kata lain bertindaklah secara profesional. Jangan kerana merajuk dek kerana hal hal tertentu dirumah, perniagaan terbengkalai. Harus juga ingat, jika ada isu berkaitan perniagaan, janganlah bertengkar sebagai suami isteri. Sebaliknya berbincangan secara profesional seperti rakan niaga. Bayangkan pasangan anda adalah rakan niaga.

3. Terlalu ambil hati.

Sekiranya pasangan menegur kita dalam kerja perniaagaan anggaplah ia sebagai nasihat dari rakan niaga supaya kita menjadi lebih baik. Jangan beranggapan nasihat yang diberi untuk menjatuhkan atau memalukan kita. Yang menegur pula perlu lah dengan penuh hemah dan profesional. Sedikit tip bagaimana cara menegur yang baik adalah dengan menyatakan tindakan pasangan yang kurang baik, kemudian nyatakan apakah kesan negatif tindakan pasangan terhadap perniagaan dan cadangkan atau bincangkan bagaimana untuk ubah tindakan tersebut kepada yang positif.

Jika ada pantang larang lain boleh kongsi di comment. Share jika anda rasa ia wajib dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat mereka

Monday, October 14, 2013

Jika anda menganggur, ini peluang anda untuk menjadi CEO!

Jika anda menganggur, ini peluang anda untuk menjadi CEO!

Ingat tak masa darjah satu, cikgu akan suruh kita senaraikan 3 cita-cita kita apabila dewasa. Majoriti mesti tulis doktor, guru, peguam,jurutera, tentera, askar, pegawai polis, bomba dan lain-lain profesion. Termasuklah saya tidak terlepas dari membuat senarai ini. Buntu juga sebenarnya, tapi paling mudah saya pun menulis doktor, saintis dan guru. Walhal tak ada pun perasaan nak jadi salah satu daripadanya. Senang kata, saya tidak bercita-cita untuk menjadi apa-apa.

Tapi sedikit demi sedikit setelah meningkat dewasa, saya bercita-cita untuk bekerja disebuah syarikat yang terkemuka, mendapat gaji yang besar dengan melakukan kerja yang tidak perlu saya mengotorkan tangan dengan minyak seperti jurutera, atau melihat darah seperti doktor, atau berhadapan dengan musuh seperti polis. Saya inginkan kerjaya seperti dalam drama, duduk didalam pejabat sebagai bos dengan projek berbillion-billion. Bunyi macam kelakar dan tak realistik. Tapi saya tidak tahu nama pekerjaan tersebut. Tak kan lah nak huraikan macam tadi depan guru? Hehe. Jadi saya berpura-puralah hendak menjadi doktor atau saintis.

Tapi setelah saya sudah dewasa, saya mulai sedar yang saya sebenarnya bercita-cita untuk menjadi usahawan. Setelah 3 tahun bekerja didalam pejabat sebuah syarikat oil and gas terkemuka, barulah saya sedar pekerjaan saya ini langsung tidak seperti yang saya cita-citakan. Ya saya bekerja didalam pejabat, ya saya bergaji besar tapi saya bukan bos besar. Berderet lagi bos besar dia atas saya. Dan kalau nak tunggu saya jadi CEO dalam syarikat itu memang berjanggut la jawabnya. Lagi-lagi syarikat orang luar, memang tiada harapan hendak jadi CEO. Macam over la pulak cita-cita saya ni kan. Nak jadi CEO konon. Tahukah anda dengan menjadi usahawan, kita mampu memegang jawatan CEO?

Sebab itulah saya dan En Hamizan Mahram sekarang, melangkah kearah bidang keushawanan. Kerana kami mahu menjadi bos besar yang membuka peluang pekerjaan/perniagaan kepada orang lain. Baru-baru ini surat khabar myStar ada menulis tentang jumlah pekerjaan kosong di dalam industri semakin berkurangan. Menyebabkan ramai anak-anak muda kita yang akan susah hendak dapat kerja dan berisiko tinggi untuk menganggur.

Kenapa kita masih hendak mengharapkan bekerja makan gaji dengan syarikat-syarikat gergasi luar? Ayuh kita bina syarikat gergasi kita sendiri. Ayuh menjadi usahawan. Ayuh menjadi CEO! Dengan ELMU kita pasti boleh capai cita cita ini.

Atas dasar idea ini, kami juga akan membantu sesiapa sahaja anak muda yang menganggur yang ingin menjadi usahawan. Kami masih baru dalam kerjaya ini tapi dengan daya keinginan dan fokus yang tinggi diharap kami mampu membantu ramai lagi penganggur-penganggur di luar sana untuk bergerak bersama-sama kami. Bak kata pepatah melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tolong share post ini. jika and rasa tulisan saya ini memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih kerana sudi baca.





Tuesday, October 8, 2013

Sampai bila kami perlu berjauhan??

En hamizan mahram merupakan seorang pelaut. Saya pula seperti yang anda sedia maklum adalah seorang pekerja IT didalam sebuah oil and gas company. Kami sebagai pasangan bercinta dahulunya memang selalu berjauhan. Peluang kami berjumpa sangatlah tipis, mesti perlu tunggu en hamizan mahram cuti.

Apabila kami membuat keputusan untuk berkahwin tahun lepas kami sudah bersedia untuk harungi hidup suami isteri yang pastinya tidak seperti orang lain. Sudah semestinya en hamizan mahram akan jarang dirumah dan tidak selalu dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya pula membaca banyak artikel artikel yang berkenaan dengan isteri isteri pelaut atau tentera dan tentang bagaimana hidup ibu ibu tungal dalam membesarkan anak. Sememangnya kami rasa kami cukup bersedia untuk menempuh dugaan ini bersama sama atas dasar cinta.

Setelah hampir 2 bulan kami berkahwin, saya disahkan mengandung dan kebetulan en hamizan mahram baru seminggu naik kapal. Alhamdulillah kapal yang en hamizan bertugas kali ini sentiasa berada di pinggiran laut berdekatan dengan pelabuhan. Maknanya kami sentiasa dapat berhubung melalui telefon.

Setiap hari saya lalui sebagai seorang ibu mengandung seorang diri tapi suami hanya menemani dan bertanya khabar melalui telefon. Ketika itu saya sangat bersyukur yang sekurang kurangnya dia masih bersama saya. Dugaan demi dugaan ketika mengandung saya alami seorang diri. Kebetulan ketika itu juga saya dapat peluang untuk tugasan jangka pendek di Miri. Saya pun berpindah dan menetap disana buat sementara waktu dari January 2013 hingga hujung may 2013. 5 bulan sahaja kerana selepas itu saya pulang ke kampung untuk berehat kerana sudah sarat mengandung.

Sepanjang kami berjauhan, tuhan sahaja yang tahu dugaan dugaan yang kami alami dan membuat kami berfikir, kenapa kami begini? Kenapa pilih untuk berjauhan? Sampai bila nak berjauhan? Perlukah berjauhan? Memang Allah menulis takdir hidup kita tapi adakah ini takdir yang Allah tulis untuk kami? Mungkin ya dan mungkin tidak. Adakah ini nasib kami? Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri tidak ubah nasib kita.

Memang kami dalam zon selesa. Alhamdulillah tiada masalah kewangan. Tapi kami ada masalah masa. Kurang masa bersama, kurang masa beribadat, kurang masa untuk beramal sebaliknya lebih masa untuk majikan.

Tidak pernahkah anda terfikir sampai bila hendak menghadapi kesesakan jalan raya setiap kali pergi balik kerja. Sampai bila mahu sibuk mencari nafkah yang kononnya untuk keluarga tapi hakikatnya keluarga kita perlukan masa bersama kita lebih daripada wang ringgit? Dari emosi kami inilah kami membuat keputusan yang agak drastik. Kami perlu keluar dari zon selesa, kami perlu ubah nasib.

Kami bertekad untuk berniaga sehingga menjadi jutawan sebagaimana jutawan jutawan melayu yang lain. Jika mereka boleh, mengapa tidak kami? Dengan berniaga kami akan dapat lebih masa untuk bersama keluarga.

Mungkin ramai yang tidak faham maksud saya. Mungkin anda pelik, berniaga bukan lagi sibuk ke? Ini adalah pemahaman kita yang biasa. Tapi jika anda mula berkawan dengan kelompok kelompok peniaga yang berjaya, anda akan dapati mereka ada masa terluang yang lebih banyak dari kita.

Insyaallah satu hari nanti saya dan keluarga akan dapat capai impian kami. Yang paling penting adalah syukur, doa, usaha dan tawakal kepada Allah swt. Sekarang kami bersyukur kami sudah beberapa langkah ke hadapan dalam mengejar impian kami.

Kepada sesiapa yang rasa diri mereka berfikiran seperti kami, mari kita berkelompok dan sama sama menyokong antara satu sama lain. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu kan lebih baik dari sembahyang seorang diri. Begitulah dalam berniaga. Kami akan bantu apa yang kami mampu kepada mereka yang sama-sama ingin mengamalkan sunnah rasullullah iaitu berniaga. Semoga anda kaya dan berjaya!