GURINDAM HANTAM SAHAJA
Dulu berniaga biasa biasa tetapi sekarang sudah luar dari biasa.
Betullah orang kata berniaga tanpa ilmu memang tak kemana.
Kami dah kene kami dah terasa.
Namun kami bangkit semula dari apa yang ada.
Manisnya berniaga hanya tahu apabila telah berniaga.
Susah nak kata apabila orang kata makan gaji lagi mudah dari berniaga.
Dengan berniaga kita boleh beli masa.
Apabila makan gaji, masa hilang entah kemana
Siapa kata berniaga tak boleh kaya?
Itu hanya kata-kata biawak diluar sana.
Biawak-biawak yang pernah jatuh, tak mahu bangun semula
Biawak-biawak yang hanya tahu berkata tanpa mencuba
Biawak-biawak yang selesa di sarang mereka.
Ramai sudah yang berjaya
Cina, india, melayu pun ada
Cuma melayu terlampau sedikit sehingga boleh dikira.
Janganlah lupa janganlah alpa
Ilmu berniaga perlu dicari dan dikongsi bersama.
Janganlah melayu berniaga seperti bukan saudara
Berniaga jika ingin kaya tak akan berjaya
Berniaga kerana dakwah dan membantu mereka yang mahu ubah diri sedaya upaya.
Insyaallah kaya akan datang mencari kita.
Ini kerana lebih banyak memberi, lebih banyak kita akan merasa.
Bukan saya yang kata, tapi Allah yang kata.
Nukilan ini cuma saja saja
Tiba-tiba dapat idea
Sekadar peringatan buat kita semua.
Semuanya hantam sahaja =)
Ikhlas dari
Amira Aziz
Pengasas Shanum Scarf
Marketing Director Sate Menara
www.sitiamiraaziz.blogspot.com
FB page:
1. Shanum Scarf
2. Sate Menara
Matlamat saya adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang-orang melayu kita untuk berani berniaga. Jadikanlah berniaga itu sebagai punca pendapatan, bukannya sekadar menambah pendapat.
Sunday, October 27, 2013
GURINDAM HANTAM SAHAJA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment