3 Pantang larang bagi suami isteri yang berniaga.
Pantang larang ini saya dapat berdasarkan perbualan dengan beberapa orang rakan yang berniaga. Harap memberi manfaat kepada suami isteri lain juga. Peringatan untuk saya dan suami juga :)
1. Memandang rendah antara satu sama lain.
Jangan sekali kali memandang rendah keupayaan pasangan anda. Mungkin sebagai suami/isteri ada kelemahan, jangan anggap kelemahan itu menjadi si isteri atau suami tidak bijak menguruskan sesuatu perkara dalam perniagaan. Mungkin anda sudah mengenali pasangan anda tetapi belum tentu anda kenal dia sebagai rakan niaga. Jadi ambil masa perlahan lahan untuk mengenali pasangan anda sebagai rakan niaga.
2. Terbawa bawa dengan hal rumah tangga.
Penting sebagai rakan niaga untuk mengetepikan hal hal masalah rumah tangga. Anda dan pasangan haruslah bijak membezakan isu rumah tangga dengan isu perniagaan. Dengan kata lain bertindaklah secara profesional. Jangan kerana merajuk dek kerana hal hal tertentu dirumah, perniagaan terbengkalai. Harus juga ingat, jika ada isu berkaitan perniagaan, janganlah bertengkar sebagai suami isteri. Sebaliknya berbincangan secara profesional seperti rakan niaga. Bayangkan pasangan anda adalah rakan niaga.
3. Terlalu ambil hati.
Sekiranya pasangan menegur kita dalam kerja perniaagaan anggaplah ia sebagai nasihat dari rakan niaga supaya kita menjadi lebih baik. Jangan beranggapan nasihat yang diberi untuk menjatuhkan atau memalukan kita. Yang menegur pula perlu lah dengan penuh hemah dan profesional. Sedikit tip bagaimana cara menegur yang baik adalah dengan menyatakan tindakan pasangan yang kurang baik, kemudian nyatakan apakah kesan negatif tindakan pasangan terhadap perniagaan dan cadangkan atau bincangkan bagaimana untuk ubah tindakan tersebut kepada yang positif.
Jika ada pantang larang lain boleh kongsi di comment. Share jika anda rasa ia wajib dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat mereka
No comments:
Post a Comment