Sunday, October 27, 2013

GURINDAM HANTAM SAHAJA

GURINDAM HANTAM SAHAJA
 
Dulu berniaga biasa biasa tetapi sekarang sudah luar dari biasa.
Betullah orang kata berniaga tanpa ilmu memang tak kemana.
Kami dah kene kami dah terasa.
Namun kami bangkit semula dari apa yang ada.
 
Manisnya berniaga hanya tahu apabila telah berniaga.
Susah nak kata apabila orang kata makan gaji lagi mudah dari berniaga.
Dengan berniaga kita boleh beli masa.
Apabila makan gaji, masa hilang entah kemana
 
Siapa kata berniaga tak boleh kaya?
Itu hanya kata-kata biawak diluar sana.
Biawak-biawak yang pernah jatuh, tak mahu bangun semula
Biawak-biawak yang hanya tahu berkata tanpa mencuba
Biawak-biawak yang selesa di sarang mereka.
 
Ramai sudah yang berjaya
Cina, india, melayu pun ada
Cuma melayu terlampau sedikit sehingga boleh dikira.
 
Janganlah lupa janganlah alpa
Ilmu berniaga perlu dicari dan dikongsi bersama.
Janganlah melayu berniaga seperti bukan saudara
 
Berniaga jika ingin kaya tak akan berjaya
Berniaga kerana dakwah dan membantu mereka yang mahu ubah diri sedaya upaya.
Insyaallah kaya akan datang mencari kita.
Ini kerana lebih banyak memberi, lebih banyak kita akan merasa.
Bukan saya yang kata, tapi Allah yang kata.
 
Nukilan ini cuma saja saja
Tiba-tiba dapat idea
Sekadar peringatan buat kita semua.
Semuanya hantam sahaja =)
 
Ikhlas dari
Amira Aziz
Pengasas Shanum Scarf
Marketing Director Sate Menara
www.sitiamiraaziz.blogspot.com
FB page:
1.       Shanum Scarf
2.       Sate Menara

Monday, October 21, 2013

3 Pantang larang bagi suami isteri yang berniaga

3 Pantang larang bagi suami isteri yang berniaga.

Pantang larang ini saya dapat berdasarkan perbualan dengan beberapa orang rakan yang berniaga. Harap memberi manfaat kepada suami isteri lain juga. Peringatan untuk saya dan suami juga :)

1. Memandang rendah antara satu sama lain.

Jangan sekali kali memandang rendah keupayaan pasangan anda. Mungkin sebagai suami/isteri ada kelemahan, jangan anggap kelemahan itu menjadi si isteri atau suami tidak bijak menguruskan sesuatu perkara dalam perniagaan. Mungkin anda sudah mengenali pasangan anda tetapi belum tentu anda kenal dia sebagai rakan niaga. Jadi ambil masa perlahan lahan untuk mengenali pasangan anda sebagai rakan niaga.

2. Terbawa bawa dengan hal rumah tangga.

Penting sebagai rakan niaga untuk mengetepikan hal hal masalah rumah tangga. Anda dan pasangan haruslah bijak membezakan isu rumah tangga dengan isu perniagaan. Dengan kata lain bertindaklah secara profesional. Jangan kerana merajuk dek kerana hal hal tertentu dirumah, perniagaan terbengkalai. Harus juga ingat, jika ada isu berkaitan perniagaan, janganlah bertengkar sebagai suami isteri. Sebaliknya berbincangan secara profesional seperti rakan niaga. Bayangkan pasangan anda adalah rakan niaga.

3. Terlalu ambil hati.

Sekiranya pasangan menegur kita dalam kerja perniaagaan anggaplah ia sebagai nasihat dari rakan niaga supaya kita menjadi lebih baik. Jangan beranggapan nasihat yang diberi untuk menjatuhkan atau memalukan kita. Yang menegur pula perlu lah dengan penuh hemah dan profesional. Sedikit tip bagaimana cara menegur yang baik adalah dengan menyatakan tindakan pasangan yang kurang baik, kemudian nyatakan apakah kesan negatif tindakan pasangan terhadap perniagaan dan cadangkan atau bincangkan bagaimana untuk ubah tindakan tersebut kepada yang positif.

Jika ada pantang larang lain boleh kongsi di comment. Share jika anda rasa ia wajib dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat mereka

Monday, October 14, 2013

Jika anda menganggur, ini peluang anda untuk menjadi CEO!

Jika anda menganggur, ini peluang anda untuk menjadi CEO!

Ingat tak masa darjah satu, cikgu akan suruh kita senaraikan 3 cita-cita kita apabila dewasa. Majoriti mesti tulis doktor, guru, peguam,jurutera, tentera, askar, pegawai polis, bomba dan lain-lain profesion. Termasuklah saya tidak terlepas dari membuat senarai ini. Buntu juga sebenarnya, tapi paling mudah saya pun menulis doktor, saintis dan guru. Walhal tak ada pun perasaan nak jadi salah satu daripadanya. Senang kata, saya tidak bercita-cita untuk menjadi apa-apa.

Tapi sedikit demi sedikit setelah meningkat dewasa, saya bercita-cita untuk bekerja disebuah syarikat yang terkemuka, mendapat gaji yang besar dengan melakukan kerja yang tidak perlu saya mengotorkan tangan dengan minyak seperti jurutera, atau melihat darah seperti doktor, atau berhadapan dengan musuh seperti polis. Saya inginkan kerjaya seperti dalam drama, duduk didalam pejabat sebagai bos dengan projek berbillion-billion. Bunyi macam kelakar dan tak realistik. Tapi saya tidak tahu nama pekerjaan tersebut. Tak kan lah nak huraikan macam tadi depan guru? Hehe. Jadi saya berpura-puralah hendak menjadi doktor atau saintis.

Tapi setelah saya sudah dewasa, saya mulai sedar yang saya sebenarnya bercita-cita untuk menjadi usahawan. Setelah 3 tahun bekerja didalam pejabat sebuah syarikat oil and gas terkemuka, barulah saya sedar pekerjaan saya ini langsung tidak seperti yang saya cita-citakan. Ya saya bekerja didalam pejabat, ya saya bergaji besar tapi saya bukan bos besar. Berderet lagi bos besar dia atas saya. Dan kalau nak tunggu saya jadi CEO dalam syarikat itu memang berjanggut la jawabnya. Lagi-lagi syarikat orang luar, memang tiada harapan hendak jadi CEO. Macam over la pulak cita-cita saya ni kan. Nak jadi CEO konon. Tahukah anda dengan menjadi usahawan, kita mampu memegang jawatan CEO?

Sebab itulah saya dan En Hamizan Mahram sekarang, melangkah kearah bidang keushawanan. Kerana kami mahu menjadi bos besar yang membuka peluang pekerjaan/perniagaan kepada orang lain. Baru-baru ini surat khabar myStar ada menulis tentang jumlah pekerjaan kosong di dalam industri semakin berkurangan. Menyebabkan ramai anak-anak muda kita yang akan susah hendak dapat kerja dan berisiko tinggi untuk menganggur.

Kenapa kita masih hendak mengharapkan bekerja makan gaji dengan syarikat-syarikat gergasi luar? Ayuh kita bina syarikat gergasi kita sendiri. Ayuh menjadi usahawan. Ayuh menjadi CEO! Dengan ELMU kita pasti boleh capai cita cita ini.

Atas dasar idea ini, kami juga akan membantu sesiapa sahaja anak muda yang menganggur yang ingin menjadi usahawan. Kami masih baru dalam kerjaya ini tapi dengan daya keinginan dan fokus yang tinggi diharap kami mampu membantu ramai lagi penganggur-penganggur di luar sana untuk bergerak bersama-sama kami. Bak kata pepatah melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tolong share post ini. jika and rasa tulisan saya ini memberi manfaat kepada orang lain. Terima kasih kerana sudi baca.





Tuesday, October 8, 2013

Sampai bila kami perlu berjauhan??

En hamizan mahram merupakan seorang pelaut. Saya pula seperti yang anda sedia maklum adalah seorang pekerja IT didalam sebuah oil and gas company. Kami sebagai pasangan bercinta dahulunya memang selalu berjauhan. Peluang kami berjumpa sangatlah tipis, mesti perlu tunggu en hamizan mahram cuti.

Apabila kami membuat keputusan untuk berkahwin tahun lepas kami sudah bersedia untuk harungi hidup suami isteri yang pastinya tidak seperti orang lain. Sudah semestinya en hamizan mahram akan jarang dirumah dan tidak selalu dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya pula membaca banyak artikel artikel yang berkenaan dengan isteri isteri pelaut atau tentera dan tentang bagaimana hidup ibu ibu tungal dalam membesarkan anak. Sememangnya kami rasa kami cukup bersedia untuk menempuh dugaan ini bersama sama atas dasar cinta.

Setelah hampir 2 bulan kami berkahwin, saya disahkan mengandung dan kebetulan en hamizan mahram baru seminggu naik kapal. Alhamdulillah kapal yang en hamizan bertugas kali ini sentiasa berada di pinggiran laut berdekatan dengan pelabuhan. Maknanya kami sentiasa dapat berhubung melalui telefon.

Setiap hari saya lalui sebagai seorang ibu mengandung seorang diri tapi suami hanya menemani dan bertanya khabar melalui telefon. Ketika itu saya sangat bersyukur yang sekurang kurangnya dia masih bersama saya. Dugaan demi dugaan ketika mengandung saya alami seorang diri. Kebetulan ketika itu juga saya dapat peluang untuk tugasan jangka pendek di Miri. Saya pun berpindah dan menetap disana buat sementara waktu dari January 2013 hingga hujung may 2013. 5 bulan sahaja kerana selepas itu saya pulang ke kampung untuk berehat kerana sudah sarat mengandung.

Sepanjang kami berjauhan, tuhan sahaja yang tahu dugaan dugaan yang kami alami dan membuat kami berfikir, kenapa kami begini? Kenapa pilih untuk berjauhan? Sampai bila nak berjauhan? Perlukah berjauhan? Memang Allah menulis takdir hidup kita tapi adakah ini takdir yang Allah tulis untuk kami? Mungkin ya dan mungkin tidak. Adakah ini nasib kami? Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri tidak ubah nasib kita.

Memang kami dalam zon selesa. Alhamdulillah tiada masalah kewangan. Tapi kami ada masalah masa. Kurang masa bersama, kurang masa beribadat, kurang masa untuk beramal sebaliknya lebih masa untuk majikan.

Tidak pernahkah anda terfikir sampai bila hendak menghadapi kesesakan jalan raya setiap kali pergi balik kerja. Sampai bila mahu sibuk mencari nafkah yang kononnya untuk keluarga tapi hakikatnya keluarga kita perlukan masa bersama kita lebih daripada wang ringgit? Dari emosi kami inilah kami membuat keputusan yang agak drastik. Kami perlu keluar dari zon selesa, kami perlu ubah nasib.

Kami bertekad untuk berniaga sehingga menjadi jutawan sebagaimana jutawan jutawan melayu yang lain. Jika mereka boleh, mengapa tidak kami? Dengan berniaga kami akan dapat lebih masa untuk bersama keluarga.

Mungkin ramai yang tidak faham maksud saya. Mungkin anda pelik, berniaga bukan lagi sibuk ke? Ini adalah pemahaman kita yang biasa. Tapi jika anda mula berkawan dengan kelompok kelompok peniaga yang berjaya, anda akan dapati mereka ada masa terluang yang lebih banyak dari kita.

Insyaallah satu hari nanti saya dan keluarga akan dapat capai impian kami. Yang paling penting adalah syukur, doa, usaha dan tawakal kepada Allah swt. Sekarang kami bersyukur kami sudah beberapa langkah ke hadapan dalam mengejar impian kami.

Kepada sesiapa yang rasa diri mereka berfikiran seperti kami, mari kita berkelompok dan sama sama menyokong antara satu sama lain. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu kan lebih baik dari sembahyang seorang diri. Begitulah dalam berniaga. Kami akan bantu apa yang kami mampu kepada mereka yang sama-sama ingin mengamalkan sunnah rasullullah iaitu berniaga. Semoga anda kaya dan berjaya!

Saturday, October 5, 2013

Baru anak satu

Hari ini saya nak kongsi sedikit perbezaan hidup saya sebelum dan selepas ada anak.

Dulu sebelum ada anak selalu bangun lewat nak pergi kerja, tapi sekarang selalu bangun awal.

Dulu masuk kerja 9.30 tapi sekarang masuk kerja 8.30 pagi.

Dulu seminggu sekali basuh kain baju, sekarang 2 hari sekali mesti basuh.

Dulu selalu banyak kain baju tidak berlipat, tapi sekarang kain tak sempat bertimbun. Mesti terus lipat.

Dulu rumah agak bersepah, tapi sekarang selalu kemas.

Dulu tak sempat tulis blog, sekarang sempat pulak tulis blog.

Huhu..

Hidup lebih baik dan terurus pulak sejak ada anak. Saya membayangkan hidup akan huru hara. Yelah dengan suami jauh, jaga anak seorang diri. Siang kerja, malam shanum scarf & sate menara.
Tapi saya rasa sekarang ni alhamdulillah segalanya terurus.

Berdebar debar sebenarnya sebelum melahirkan anak saya, shanum. Banyak persoalan bermain di fikiran. Mampukah aku? Pandai ke aku jaga anak? Dah bersedia ke aku?

Kadang-kadang tidak perlu untuk kita bersedia tapi terpaksa bersedia dan perlahan lahan kita akan belajar menjadi lebih baik kerana terpaksa memikul tanggungjawab.

Doakan kesejahteraan saya dan anak. Moga kami tabah melalui segala ujian allah.

Wednesday, October 2, 2013

Bagaimana buat duit dengan benda yang kita minat

Zaman sekarang dengan zaman dulu jauh sangat beza. Lebih lebih lagi dengan dunia teknologi yang berkembang pesat. Sekarang latihan mewarna pun gunakan aplikasi telefon. Warna guna jari je kan. Tak payah risau pensil warna patah ke, tumpul ke. Kalau salah warna, undo je la kan.

Tapi pada saya, dulu lagi best. Masa saya kecil dulu saya suka sangat mewarna. Boleh dikatakan hobi jugak lah. Tapi saya takde lah berbakat sangat. Boleh lah kalau masuk pertandingan dapat hadiah saguhati. Kalau nak menang memang susah sebab saya tak pandai melukis. Selalu yang dapat no 1, 2, 3 tu pandai lukis. Cikgu bagi gambar pemandangan untuk diwarnakan, tiba-tiba ada orang lah kucing la dia lukis sekali. Memang saya kalah la kan.

Saya punya minat mewarna tu sampai minta mak ayah beli buku mewarna. Membazir je kalau difikirkan semula. Habis warna buang buku tu. Bukan boleh padam. Sampai satu tahap ayah tak kasi beli lagi. Sedihnya la saya waktu tu.

Jadi, keluarlah idea pinjam buku mewarna kawan, lepas tu saya tekap gambar-gambar tu guna kertas minyak. Alhamdulillah, dapat la buat buku mewarna sendiri. Bijak tak? Haha. Punyalah minat mewarnakan.

Sejak tu saya dapat idea untuk buat pertandingan mewarna. Ajak kawan kawan yang minat nak masuk dengan bayaran 20 sen. Saya tekap la gamba gamba untuk diwarnakan banyak banyak. Nak fotostat mana ada modal. Haha. Saya lah penganjur dan saya lah pengadil. Lawak pulak bila ingat balik. Pemenang pertandingan mewarna saya hadiahkan pensel tekan tekan yang memang item paling hot zaman saya kecil dulu. Haha.

Nampak tak permainannya kat sini. Pensel tekan tekan baru berapa sen kan. Kertas pulak ambil ayah punya. Memang untung jugak la buat pertandingan tu. Pada orang dewasa macam tak berapa banyak. Tapi pada saya waktu tu dah gembira sangat sangat sebab buat kawan-kawan gembira kerana dapat mewarna dan saya pun dapat buat duit sendiri.

Betul la kata sifu, berniaga dengan buat perkara yang kita suka. Jadikan passion kita kepada sumber pendapatan. Tak sangka sebenarnya dah penah aplikasikan sewaktu kecil.

Jadi apa passion anda? Tiba masanya untuk ubah dia menjadi punca pendapatan. Sebab apa? Sebab kita akan rasa gembira setiap kali bangun pagi. Tak percaya?
Kalau tak percaya takpe. Suatu hari nanti insyaallah anda akan percaya.

Tuesday, October 1, 2013

Umur 5 tahun dah pandai kira duit

Nama saya Siti Amira Abd Aziz. Saya sekarang masih bekerja di salah sebuah syarikat oil n gas yg terkenal. Saya masih ingat lagi ketika kecil dahulu ibu dan ayah saya bertungkus lumus mencari wang untuk menanggung pembelajaran saya. Saya boleh dikatakan anak yang suka meminta minta. Tapi apa yang saya suka minta adalah buku rujukan dan latihan. Kalau boleh semua buku rujukan yang bagus-bagus saya mahu. Dari situ lah agaknya..mak dan ayah tidak mampu kecewa kan saya kerana semangat saya yang suka belajar.

Ayah adalah seorang guru. Mak pula hanyalah suri rumah. Gaji seorang guru tiadalah besar mana, mak pon mula berniaga kecil kecilan. Apa yang mak xpernah jual? Daripada ais krim malaysia, tempe goreng sampai lah ke kuih muih. Saya masih ingat lagi setiap pagi mak akan buat kuih bingka dan apam senyum setiap pagi kemudian dipotong2 dan dibungkus dlm plastik satu persatu dan saya akan bawa ke sekolah. Bayangkan lah kuih bingka dan apam senyum penuh satu beg, masuk dalam bakul basikal. Berat jugak lah. Dulu saya agak kurus kering..melayang juga bawa basikal sebab muatan berlebihan. Saya bawa kuih muih ke sekolah dan jual pada kawan kawan sekelas. Paling tak tahan apabila cikgu cikgi pun join beli sekali.

Pada bulan puasa, mak pon tak lepaskan peluang untuk berniaga kuih muih. Seawal jam 3 petang kami akan buka meja dihadapan rumah dan jual kepada orang yang lalu lalang. Atas populariti kuih bingka dan apam mak yang sedap ketika saya jual disekolah, kuih muih mak agak lah laris.

Tak cukup dengan jual kuih, mak dapat peluang buka gerai sate di restoran berdekatan dengan rumah kami.
Siapa sangka, mak sebenarnya ketika itu tak pandai buat sate, tapi atas dasar determinasi.yang tinggi serta sifat tak mahu lepaskan peluang mak mencipta resepi sate nye sendiri! Siapa sangka kini resepi sate mak memang sedap dan ramai yang kagum betapa lembut nya sate resepi mak saya. Saya dan adik lah antara adik beradik yang rajin menolong mak dan ayah digerai. Setiap kali cuti semester, saya mesti tolong mak digerai.

Harapan mak dan ayah adalah untuk melihat saya berjaya dengan usaha keras mereka bekerja dan berniaga. Alhamdulillah sekarang saya sudah berjaya dengan gaji yang agak besar. Tapi tanpa sedar mak dan ayah telah menggilap jiwa usahawan dalam diri saya sejak kecil lagi. Mak pernah kata, saya dah pandai mengira wang sejak berumur 5 tahun. Haha..mata duitan sangat kan.. Mungkin sebab hari hari ikut mak berniaga di kantin sekolah agama suatu ketika dahulu, secara tidak sengaja saya pandai jaga kaunter pembayaran. Waktu dulu budak sekolah banyak pakai duit syiling sahaja..tu yang saya pandai kira kot. Susun duit syiling tu tinggi2 hihi..


Alhamdulillah sekarang perlahan lahan saya dan suami akan mengembangkan perniagaan sate mak dan ayah sebagai tanda penghargaan terhadap segala gerih mereka selama ini. Kami sentiasa mengharap, setiap apa yang kami lakukan dalam dunia perniagaan akan memberi munafaat kepada orang lain.

Yang Ikhlas,
Amira Aziz

Marketing Manager Sate Menara (FB: Sate Menara)
Pengasas Shanum Scarf (FB: Shanum Scarf)