Zaman sekarang dengan zaman dulu jauh sangat beza. Lebih lebih lagi dengan dunia teknologi yang berkembang pesat. Sekarang latihan mewarna pun gunakan aplikasi telefon. Warna guna jari je kan. Tak payah risau pensil warna patah ke, tumpul ke. Kalau salah warna, undo je la kan.
Tapi pada saya, dulu lagi best. Masa saya kecil dulu saya suka sangat mewarna. Boleh dikatakan hobi jugak lah. Tapi saya takde lah berbakat sangat. Boleh lah kalau masuk pertandingan dapat hadiah saguhati. Kalau nak menang memang susah sebab saya tak pandai melukis. Selalu yang dapat no 1, 2, 3 tu pandai lukis. Cikgu bagi gambar pemandangan untuk diwarnakan, tiba-tiba ada orang lah kucing la dia lukis sekali. Memang saya kalah la kan.
Saya punya minat mewarna tu sampai minta mak ayah beli buku mewarna. Membazir je kalau difikirkan semula. Habis warna buang buku tu. Bukan boleh padam. Sampai satu tahap ayah tak kasi beli lagi. Sedihnya la saya waktu tu.
Jadi, keluarlah idea pinjam buku mewarna kawan, lepas tu saya tekap gambar-gambar tu guna kertas minyak. Alhamdulillah, dapat la buat buku mewarna sendiri. Bijak tak? Haha. Punyalah minat mewarnakan.
Sejak tu saya dapat idea untuk buat pertandingan mewarna. Ajak kawan kawan yang minat nak masuk dengan bayaran 20 sen. Saya tekap la gamba gamba untuk diwarnakan banyak banyak. Nak fotostat mana ada modal. Haha. Saya lah penganjur dan saya lah pengadil. Lawak pulak bila ingat balik. Pemenang pertandingan mewarna saya hadiahkan pensel tekan tekan yang memang item paling hot zaman saya kecil dulu. Haha.
Nampak tak permainannya kat sini. Pensel tekan tekan baru berapa sen kan. Kertas pulak ambil ayah punya. Memang untung jugak la buat pertandingan tu. Pada orang dewasa macam tak berapa banyak. Tapi pada saya waktu tu dah gembira sangat sangat sebab buat kawan-kawan gembira kerana dapat mewarna dan saya pun dapat buat duit sendiri.
Betul la kata sifu, berniaga dengan buat perkara yang kita suka. Jadikan passion kita kepada sumber pendapatan. Tak sangka sebenarnya dah penah aplikasikan sewaktu kecil.
Jadi apa passion anda? Tiba masanya untuk ubah dia menjadi punca pendapatan. Sebab apa? Sebab kita akan rasa gembira setiap kali bangun pagi. Tak percaya?
Kalau tak percaya takpe. Suatu hari nanti insyaallah anda akan percaya.
No comments:
Post a Comment